Bolehkah bertemu kucing kesayangan di syurga?

Sebagai umat Islam kita dituntut untuk melakukan kebaikkan kepada semua makhluk. Ia merangkumi berbuat baik kepada manusia samada Islam atau bukan Islam, demikian juga berbuat baik kepada haiwan. Nabi saw bersabda ” Sesungguhnya Allah telah menwajibkan berbuat ihsan kepada setiap sesuatu”

Justeru itu, hukum berbuat baik / ihsan dengan haiwan adalah wajib.

Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan, YB Tuan Mufti WP ada berkongsi sebuah riwayat daripada Abu Hurairah RA iaitu

“Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan makhluk kesemuanya (pada hari akhirat), iaitu setiap haiwan, burung burung dan manusia. Lalu Allah berkata kepada haiwan haiwan dan juga burung ; Jadilah kamu tanah” ~ Tafsir Al Thabari

Menunjukkan keadaan haiwan di akhirat kelak tidaklah sama dengan umat manusia. Tiada dihitung dari sudut amalan, kebaikkan mahupun keburukan. Hanya setiap manusia yang perlu berusaha untuk memastikan dirinya ditempatkan di dalam syurga.

Nabi saw juga bersabda,” Sekiranya Allah memasukkan kamu ke dalam syurga, maka di dalamnya terdapat apa sahaja yang kamu kehendakki dan melazatkan pandangan mata kamu”

Mudah mudahan dapatlah kita bertemu kembali kucing kesayangan kita… In Sha Allah

Ini GREY……..Kesayangan Hayy yang sentiasa menemani team kami . Cer komen di bawah nama kucing anda!

Jom HAYY – maruku sedap dan ranggup

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *