Bijan atau Lenga

Jom kita cerita pasal biji bijan dan pokok bijan hari ini. Orang utara panggil bijan dengan panggilan Lenga.

Pokok bijan tumbuh menegak setinggi satu meter dan mengeluarkan bunga kecil berwarna putih keungguan serta berbau harum. Secara komersialnya, bijan ditanam untuk mendapatkan bijinya sahaja. Pokok bijan akan dipotong dan dikeringkan.

Pokok Bijan

Biji bijan pula baik untuk kesihatan rambut. Secara tradisional, biji bijan dijadikan minyak bagi memudahkan penggunaannya. Ia mampu melebatkan dan menghitamkan rambut, serta boleh mengatasi masalah rambut kering

Biji bijan amat kaya dengan arginine. Ia mampu membantu menghalang pembentukan tumor, membantu menghapuskan toksik dalam hati dan buah pinggang, dan juga memperbaiki sistem imun.

Biji bijan juga mempunyai kesan laksatif atau penjulap rupanya. Bagi mereka yang mengalami masalah cacing dalam usus, dengan memakan biji bijan, boleh menghapuskan dan mengeluarkan daripada usus.

Kebaikan lain biji bijan untuk kesihatan adalah ia membantu pencernaan, merangsang peredaran darah dan sistem saraf.

Ada juga yang menggunakan minyak biji bijan dalam masakan, bagi menambahkan perisa kepada masakan. Hayy juga memasukkan bijan yang lumayan dalam bahan bahan kami. Memang sedap…Kalau cuba pasti jatuh cinta

JOM HAYY

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *